Monday, 24 July 2017

Sediakan Payung ☂️ Sebelum Hujan 🌧

 Assalamualaikum semua.

    


Video ini mengisahkan kasih sayang seorang ayah dengan anak perempuannya. Dari kecil hinggalah besar, anak perempuannya tidak pernah pudar dengan limpahan kasih sayang murni ayahnya. Dikala dia bersedih, ayahnya sentiasa ada untuknya. Ia menjadi satu motivasi untuk terus hidup kepada anaknya. 

Jadi apa yang dikaitkan dengan insurans? 

Insurans Rumah. Jika anda lihat video ini, suasana yang sama ialah di rumah mereka.
Insurans Rumah amatlah penting bagi kita. Dikala kita gembira, tak semestinya kita gembira sentiasa, dikala kita sedih tak semestinya kita sedih sentiasa. 



Video ini amatlah mengharukan hati saya. Kerana diakhir video ini, bukan anak perempuannya yang menangis, tetapi ayahnya menangis kegembiraan.
Kesimpulannya, sentiasa membuat persediaan dan hargailah masa anda dengan yang tersayang.


Monday, 17 July 2017

🌈 PRINSIP-PRINSIP INSURANS 🌈



❤️TERDAPAT 3 PRINSIP-PRINSIP INSURANS IAITU TERDIRI DARIPADA❤️:

1. KEPENTINGAN BOLEH INSURANS

2. PENUH PERCAYA MUTLAK

3. INDEMNITI/GANTIRUGI. 

TERDAPAT 3 JENIS IAITU:
(a) SUMBANGAN
(b) SUBROGASI
(c) DOKTRIN SEBAB HAMPIRAN

KEPENTINGAN BOLEH INSURANS

Insured hanya boleh menginsuranskan harta benda dan nyawa yang boleh mendatangkan kerugian kepadanya jika berlaku risiko serta mengelakkan sesuatu pihak mengambil kesempatan ke atas harta orang lain. 

Contoh: Megat boleh menginsuranskan rumahnya sendiri sebab dia mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap rumahnya.

PENUH PERCAYA MUTLAK

Insured hendaklah memberi keterangan dan maklumat yang benar dan ikhlas berkaitan

 dengan risiko yang hendak diinsurans semasa mengisi borang.

Contoh: Seorang peniaga menginsuranskan kedainya daripada kebakaran menyatakan 

kedainya diperbuat daripada batu tetapi yang sebenarnya diperbuat daripada kayu. Jika

 berlaku kebakaran , gantirugi tidak akan dibayar kerana polisi menjadi tidak sah.

INDEMNITI/GANTIRUGI 

Gantirugi yang dibayar oleh insurer kepada insured apabila berlaku kerugian ke atas risiko yang diinsuranskan. 

Contoh: Insured menginsuranskan premisnya daripada kebakaran sebanyak RM80,000. Premisnya hangus dijilat api dan anggaran kerugian ialah RM70,000. Maka gantirugi yang dibayar adalah sebanyak RM70,000 dan bukan RM80,000.

JENIS INDEMNITI 

(a)SUMBANGAN

 Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer dan berlaku risiko yang

 diinsuranskan, maka insurer terlibat akan mencarum mengikut bahagiannya. 

Contoh: Seorang peniaga menginsuranskan stok barangnya dari kebakaran dengan membeli tiga polisi insurans bernilai RM15,000 daripada tiga insurer. Disebabkan polisinya bertindan, maka, setiap insurer hanya menanggung 1/3 daripada kerugian iaitu RM5,000 bagi setiap insurer.

(b) SUBROGASI 

Maksudnya, sesudah insured dibayar ganti rugi, insurer akan mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut kerugian daripada pihak lain.

Contoh: Kereta En.Lim musnah akibat kemalangan Jalanraya. Dia dibayar ganti rugi sebanyak RM14,000. Kereta tersebut dijual dengan nilai skrap RM4000. En. Lim tidak lagi berhak menuntut RM4000 kerana hak tersebut telah dipindah kepada insurer.

(c) DOKTRIN SEBAB HAMPIRAN

Bermaksud insurer hanya dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialami adalah disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan. Ganti rugi tidak akan dibayar jika kerugian berpunca daripada risiko lain ataupun risiko yang dikecualikan oleh polisi insurans. 

Contoh: Jika barang yang dibawa oleh sebuah lori yang diinsuranskan akibat kemalangan itu rosak, ganti rugi akan dibayar. Jika barang dicuri semasa kemalangan, ganti rugi tidak dibayar kerana kecurian bukanlah risiko yang diinsuranskan.

Tuesday, 11 July 2017

Baca 📲 💻, Berfikir 👊🏻 , Bertindak 😁

Apa itu takaful?

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab "kafala" yang bermaksud "jamin" dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu. 

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru' (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah islam iaitu konsep "Mudharabah" dan "Wakalah". 

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian. 

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai takaful di sini.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbazaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut :



1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis- majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat insurans adalah haram.

2. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam insuans konvesional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu'awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma ( Tabarru')

3. Kontrak-kontrak lain

Dalam insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful , digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

4. Tanggungjawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans, Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi. 


5. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insuranspula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

6. Perjalanan operasi

Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi perniagaan insurans konvensional.



Renung-renungkanlah.. 😸


Monday, 10 July 2017

Sediakan payung sebelum hujan 😭🌂


DEFINISI INSURANS
Apakah yang anda faham mengenai insurans??
Secara mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sesebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans.


KONSEP INSURANS

Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan.
Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premiuim. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum. Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi daripada tabung umum itu. Dengancara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.



KEPENTINGAN INSURANS


Kepentingan Kepada Individu

l  Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko kecurian, kerosakan, kebakaran dan kemalangan
l  Melindungi masa depan keluarga
l  Menabung untuk masa depan



Kepentingan Kepada Peniaga

l  Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya



Kepentingan Kepada Negara

l  Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi

l  Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup




Berikut merupakan video berkaitan mengapa pentingnya Insurans dalam kehidupan seharian:
 
           

Monday, 3 July 2017

1, 2, 3 🍉

🍩 🍪
Assalamualaikum, nama saya Asyiqin Syahira binti Noor Azizi. Saya dikenali sebagai Syiqin bagi rakan-rakan saya dan Kakngah bagi keluarga tercinta saya. Sebelum anda menerjah lebih dalam lagi di laman blog saya, mari saya ceritakan tentang diri saya. Saya dilahirkan pada 30 Julai 2000. Saya berumur 17 tahun.Tempat lahir saya di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Makanan kegemaran saya, apa saja tetapi yang paling enak dan lazat semestinya masakan mama saya. Warna kegemaran? Warna. Semua warna sangatlah indah tetapi yang menarik perhatian saya ialah warna merah 💌 dan hitam 🌚.

Okay, cukup dengan maklumat saya yang tak beberapa ni, apa kata kita teruskan dengan keluarga tercinta saya?

Keluarga. Keluarga merupakan darah daging yang kita amat sayangi. Tanpa mereka, siapalah kita? Ahli keluarga saya mempunyai 7 orang ahli. Saya anak yang kedua daripada 5 orang adik beradik. Kami semua amatlah rapat dan mempunyai minat yang sama contohnya, mengusik mama dan abah. Okay. Gurau. 😂 Maksud saya, walaupun kami adik beradik, darah daging, inshaallah hingga ke Jannah, perangai berbeza, pendapat yang berbeza, tapi kami cuba fahami dan kami amat menghormati pendapat adik beradik yang lain.

Dan tujuan kami amat serupa, iaitu menjadi anak yang soleh dan solehah dan membanggakan mama dan abah kami yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan titik terakhir dalam membesarkan kami berlima. Abah, seorang ayah yang amat saya kagumi dan sayangi, bernama Noor Azizi bin Abdullah. Dilahirkan pada 9 Februari 1969. Bekerja sebagai AKS Tadbir dan merupakan Tentera Laut Diraja Malaysia. Abah sangat menyayangi akan keluarganya. Abah juga seorang Ketua Keluarga yang menegur kami jika kami membuat kesilapan. Dan seorang yang tegas ketika bekerja. Namun, jika Abah bersama keluarga, seorang yang memahami, kelakar, penyayang amat diterap dalam dirinya.

 Dan tidak lupa juga, mama, seorang yang saya amat kagumi dan sayangi, Mahizun binti Mohamad. Dilahirkan pada 24 Julai 1975. Seorang surirumah yang bertoleransi juga bekerja sendiri. Mama sangat menyayangi akan keluarganya. Mama juga seorang yang tegas namun amat comel dan prihatin akan keluarganya. Jika saya atau adik beradik yang lain mempunyai masalah, mama seperti diari dan kaunselor berjaya memberi nasihat dan sentuhan kasih sayang memberi semangat kepada anak-anaknya. Oh ya, mereka dihijabqabulkan pada 3 Mei 1997. Jika dikira sehingga tahun ini, hampir 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga bersama 5 orang anak-anak yang pelbagai kerenahnya.

Woo lama jugak kan saya berceloteh disini, tidak mengapa, di 'Part 2' nanti mungkin ada sambungan untuk kenali adik-beradik saya yang lain? Hehe. Baiklah, sampai sini saja ya? Assalamualaikum!







Oh disini saya ingin berkongsi antara kata mutiara saya kepada anda semua.

Kenapa slow down? Kerana kesempurnaan mengambil masa. Tetapi hasilnya, amat sempurna.