DEFINISI INSURANS
Apakah yang anda faham mengenai insurans??
Secara mudahnya insurans ialah memindahkan
risiko/kerugian individu atau sesebuah organisasi seperti syarikat kepada
syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian
yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung
nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki
wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan
bergantung pada jenis insurans.
KONSEP INSURANS
Insurans merupakan satu rancangan pembahagian
risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu
dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh
setiap individu dapat diminimumkan.
Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali
sebagai premiuim. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam
tabung umum. Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi daripada tabung umum
itu. Dengancara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau
menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang
bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.
KEPENTINGAN INSURANS
Kepentingan Kepada Individu
l Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga
terhadap pelbagai risiko kecurian, kerosakan, kebakaran dan kemalangan
l Melindungi masa depan keluarga
l Menabung untuk masa depan
Kepentingan Kepada Peniaga
l Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar
terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan
pihak ketiga dan sebagainya
Kepentingan Kepada Negara
l Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk
dilaburkan dalam sektor ekonomi
l Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf
hidup
Berikut merupakan video berkaitan mengapa pentingnya Insurans dalam kehidupan seharian:
No comments:
Post a Comment